Sep 24, 2025 - FASSelangor FC meneruskan perjuangan dalam saingan Piala Shopee ™ musim 2025/26 kali ini sebagai tuan rumah menentang Tampines Rovers FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada jam 9 malam.
Beraksi buat kali pertama dalam saingan Piala Shopee, Selangor FC telah diundi dalam Kumpulan A bersama nama-nama besar seperti Buriram United F.C., Tampines Rovers FC, Cebu FC, Công An Hà Ni FC dan BG Pathum United F.C.
Menurut Katsuhito Kinoshi, Ketua Jurulatih Selangor FC, kejohanan seperti ini adalah peluang terbaik untuk pasukan terus berkembang dan kesempatan kita pamerkan aksi yang lebih baik bagi mendapatkan kemenangan.
“Pasukan telah membuat persiapan untuk perlawanan malam ini dengan memanfaatkan masa yang ada. Kejohanan seperti ini memberi peluang yang baik untuk pasukan letakkan diri di kedudukan terbaik kerana kita berdepan dengan pasukan-pasukan nama besar dari negara ASEAN. Keputusan lepas tidak penting buat masa ini, fokus kami hanya tertumpu kepada perlawanan ini, dan berusaha untuk berikan yang terbaik dan dapatkan keputusan terbaik untuk kelab dan penyokong,” jelas beliau.
Bagi keberadaan pemain, Willian Lira dan Mukhairi Ajmal masih tidak dapat diturunkan kerena mengalami kecederaan di bahagian lutut dan hamstring. Selain daripada mereka, pemain-pemain Gergasi Merah sedia untuk beraksi bagi perlawanan kedua Piala Shopee ™ musim 2025/26.
Pihak pengurusan Selangor FC berada di belakang pasukan dan mahu pasukan beraksi dengan cemerlang malam ini menentang Tampines Rovers FC. Teruskan gerak kehadapan, Gergasi Merah!
Tonton siaran langsung #SFCTRF di Astro Arena Bola (803) & Astro GO.
Demi Kebanggaan!